Book Review : Cerita Gagal


CERITA GAGAL // FAIZAH HAMID & FATIN SYAMIMY // RM25 // IMAN PUBLICATION

Sejujurnya, aku beli buku ni sebab salah seorang dari penulis ni kawan aku. Hehe. Kedua sebab buku ini dikeluarkan oleh Iman Publication dimana publication ini telah sedikit sebanyak mencuri kasih sayang aku terhadap buku-bukunya.

Bila baca tajuk "cerita gagal" je aku dapat teka ini mesti himpunan cerita gagal. Oh ya kenapa himpunan? Sebab dalam satu buku ini ada banyak penulisnya. Dan ini menyatakan yang isi buku ini ada banyak jenis cerita kegagalan dari berlainan manusia.
DEFINISI KEGAGALAN ITU BERBEDA BUAT SETIAP MANUSIA!

OK itu aku cakap dekat diri sendiri sebab the first chapter I read pun aku rasa macam hmmm itu pun dikira satu "kegagalan yang besar"ke? Oppsss! Yes being judgemental here. 
Tetapi selepas aku muhasabah diri -- aku fikir fikir -- aku tenung tenung, ada je kawan baik aku yang lalui perkara yang sama malah lebih teruk tahap trauma! Tak pula aku judgemental dengan dorang. Jadi aku terima cerita gagal chapter pertama tu. Dan aku hormat kegagalan yang penulis lalui!

As the time goes by......... what?
Aku baca dari chapter ke chapter, berpindah dari satu kegagalan ke satu kegagalan. PAP! Ada satu cerita gagal ini yang memang kena sebiji setempek 90% daripada cerita dia adalah cerita aku juga! Dan aku sedar itu adalah suatu kegagalan dalam hidup aku.

Buku ini something beb.
Ada cerita gagal yang sudah temui kejayaan
Ada cerita gagal yang masih dalam perjuangan

tapi hal yang paling mustahak dan mujarab

SETIAP PENULIS TIDAK BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH

Cuba kita stalk kisah kisah orang yang berjaya -- semua bermula dari kegagalan.

aku berpikiran GAGAL ini umpama MANCIS
dan MANUSIA adalah KOTAK MANCIS
manakala KEJAYAAN adalah API YANG MENYALA
harus ditenyeh-tenyeh dan tenyeh dan dirodok kotak mancis
barulah menyalakan api nak membara

APA DEFINISI KEGAGALAN KAU?

nyonyalee




Comments

Popular Posts