Book Review : Pelukis Jalanan



Pelukis Jalanan // Teme Abdullah // RM25 // Iman Publication

Buku ini berkisahkan tentang jatuh bangun seorang "Pelajar" jurusan architecture di luar negara dimana keputusannya di ambil dalam jangka masa yang sungguh singkat. Apabila sampai ke luar negara penulis menghadapi pelbagai rintangan dan halangan baik dari segi wang, kenalan dan emosi. 

Kisah didalam buku ini sejujurnya bagi aku seperti exaggerated tetapi kalau sudah namanya kehidupan di dunia, apa sahaja jenis ujian bisa menimpa. 

Aku suka melihat kesabaran penulis dalam menghadapi setiap ujian. Tidak membebankan mana-mana pihak tetapi berdiri atas kaki sendiri usaha dan tawakal. Bagi aku hal ini teramatlah jarang bagi manusia zaman sekarang. 

PELUKIS di sini adalah diri penulis itu sendiri dan sebagaimana Teme Abdullah itu sudah dikenali awam melalui instagramnya dimana lukisan-lukisannya itu sudah mula mendapat tempat dihati awam. Tetapi perihal JALANAN itu kau harus telaah sendiri.

Untuk pengetahuan, buku ini memang berkisar tentang penulis itu sendiri. Jadi yang lebih fun bila penulis menyatakan beberapa fakta di dalam penulisan. Dia buat aku google sehabis-habisnya!

Bahasanya mudah untuk difahami dan ibrahnya boleh dihadami.

nyonyalee

Comments

Popular Posts