Book Review : Semusim Di Masyar
Semusim Di Mahsyar // Hadi Fayyadh // RM 29.90 // Iqes Tijarah Trading
Ok ini antara buku bestseller di MPH dan POPULAR. Termasuk juga dua lagi buku hasil tulisan Hadi Fayyadh yakni Semusim di Barzakh & Ketika Azazil Berputus Asa.
Pada permulaan pembacaan aku, buku ini sepertinya terlalu fantasi dan terkadang aku jujur tak mampu ikut jalan cerita.
kemudian seperti yang telah tertulis ditajuknya itu pun berkenaan MAHSYAR! jadi aku memang sudah punya ekpektasi bahawa cerita ini pasti akan membawa kita berimaginasi tentang alam mahsyar yang akan ditempuhi setiap yang hidup.
Dan bila penulis mahu ke sesi "MAHSYAR" aku seakan-akan membaca hal-hal yang pernah aku pelajari dan dengari. Macam dengar ceramah dekat forum perdana sebab gambaran itu telah pun pernah digambarkan oleh pendakwah pendakwah di kaca TV.
Berkenaan kehidupan di alam "MAHSYAR"
bahawa tiada satu saat pun yang tertinggal dan sesungguhnya pasti SETIAP ZARAH PERBUATAN AKAN DIHISAB DAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN.
Yang menarik berkenaan cerita ini ialah ibrah disebalik kejadian yang menimpa. Watak utama mengajar aku untuk tidak sama sekali membelakangi orang tua. Walaupun terkadang ada hal yang memang tidak dapat diterima tetapi telanlah kelak ditimbang tara sebaiknya oleh Allah.
ALLAH ITU ADIL
cerita ini juga menyatakan
"SOLAT JANGAN SEKADAR SOLAT! TETAPI KUSYUKLAH DALAM MENDEPANI ALLAH"
nyonyalee
DAPATKAN PRE-LOVED BOOK DI LINK INI
https://nyonyaleee.blogspot.my/2017/09/pre-loved-books-by-nyonyalee.html
Comments
Post a Comment