Book Review : Dislokasijiwa




Dislokasijiwa // Syikin Zauzi // RM20 // Buku Pojok

Mula-mula aku beli buku ni sebab aku baca ringkasan dekat belakang buku seumpama menceritakan satu ketandusan hati yang tak akan mampu hidup tenang selagi kau dirundung dosa yang seperti tiada noktah.

Tetapi pada muka surat pertama sahaja penulis sudah mention "pedofilia"! Ah sudah buku perihal apa ni? Dan aku membayangkan watak utama ini seorang pedofilia. Ok cerita ini mesti tentang seorang pedofilia.

Tetapi tidak. Sama sekali tidak. 
Wataknya tersangat minimum tetapi cukup membuatkan jalan cerita ini membulatkan pengajaran yang besar dan membenamkan kesan kepada pembaca. Watak-watak yang begitu menghidupkan karektor dan akan membuatkan pembaca tertanya-tanya siapakah dalang sebenarnya. 

Menceritakan bagaimana nafsu menguasai manusia sehingga segala apa yang dilakukan tiada pertimbangan. Kelak pada akhir hidup, sesal sesaat pun tiada guna.
Hrus neutral ketika membaca, memberi ruang untuk penulis menzahirkan penulisannya supaya kita tidak cepat menghukum.

Aku bersangka-sangka ia sebuah fiksyen TETAPI tiada yang mustahil ada jalan cerita ini di alam realiti. Betullah dunia ini bukan tempat kita bersuci-sucian, tetapi amalanlah yang membersihkan jiwa agar tetap pada jalan.

Buku ini bahasanya mudah dibaca. Tidak terlalu meleret-leret. Padat dan tepat.


nyonyalee 

Comments

Popular Posts