Book Review : Arkitek Jalanan
Arkitek Jalanan // Teme Abdullah // RM 30 // Iman Publication
Yes exactly, ini adalah "kesinambungan" daripada buku Teme yang pertama berjudul "Pelukis Jalanan". Buku ini lebih tebal dari buku yang pertama dan percayalah lebih banyak ibrah!
Aku suka cara Teme tegur kebanyakkan penulis yang aku kira baru "nak up" dan menggunakan Islam sebagai penarik perhatian. Penunggang agama. Teguran Teme halus bagi setiap yang membacanya.
Jikalau buku yang pertama lebih kepada permulaan Teme itu sendiri dalam fasa kehidupan seorang pelajar, buat buku kedua ini juga Teme masih seorang pelajar tetapi sudah masuk tahun akhir. Seperti biasa, pelbagai konflik yang Teme tempuhi dan paling aku kagum jalan cerita Teme ini kemas tersusun mengikut aturan.
Teme diuji dengan ujian yang maha dasyat dan kalau diletakkan diri aku pada Teme, memang aku tak mampu. Tetapi janji Allah pasti. Bersama kesusahan ada kemudahan. Bahasa yang digunakan amat mudah difahami dan tidak berputar belit.
Aku recommend kau baca buku Teme back to back baru umph!
ps: Kalau kau baca, mesti kau nak stalk instagram Teme then kau macam betul ke ni betul ke ni?
nyonyalee
Comments
Post a Comment